Mencari Redha Ilahi

Redha Ilahi- Nikmat Tertinggi.

Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin!

Assalamualaikum..
Sahabat-Sahabat sekalian..
Ana memohon maaf kerana sudah lama tidak berpeluang meng'update' blog ini..
Jadi, di kesempatan ini.. ana ingin berkongsi artikel yang yang ditulis oleh al-Fadhil Ust. Mazlee Malik, Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Islam di UIAM.

Selamat menikmati.. =)

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)


Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.


Penentuan mahar

Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.


Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?


1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat

Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.


2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.


3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!


4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebih sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah.

Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.


Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran idea-idea di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi? Ayuh segera mulakan langkah!

Mazlee Malik,
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Islam di UIAM.

12 comments:

qalbun.qalbi June 15, 2009 at 8:31 PM  

semoga kamu cepat nikah..kadang2 semua usaha da dikerah untuk menuju alam pernikahan tp x jugak ditakdirkan utk nikah..ya mukminin wal mukminat ingatlah setiap usaha untuk ke jalan meraih keredaan ALLAH itu tetap dihitung pahalanya walaupun nikahnya tidak tercapai jugak..jgn putus asa..ya mabrur..

Nazrul Amar Husin June 16, 2009 at 3:56 PM  
This comment has been removed by the author.
Nazrul Amar Husin June 21, 2009 at 4:52 PM  

amiinnn...post yg bagus untuk pendedahan kpd umum...patut bg kat para ibubapa ni... =p

semoga generasi akan datang mudah bernikah berbanding generasi kite acap ekkk... =)

nati anak2 kite kne ajar matang cpt2 skit, then if nk nikah, bagi je la...daripada buat maksiat, zina...kesian anak2 mude zaman sekarang... =)

same2 kite doa utk kemudahan stiap urusan...amiiinnn~ ^^,

Ibnu Zukefeli June 23, 2009 at 5:26 PM  
This comment has been removed by the author.
Ibnu Zukefeli June 29, 2009 at 8:53 AM  

to qalbun.qalbi..
ameen..
semoga Allah memberi ganjaran baik utk kita semua..
dan InsyaAllah ana akan terus berusaha..

to Amar..
btoi mar..
ak stuju..
buleh la mu oyak ko "dia" bia dio bui mok nga ayoh dio baco.. =p

Unknown December 19, 2014 at 5:27 PM  

Kita yg berfikiran terbuka akan berfikir sebegini.. tetapi adakah halangan2 yg selalu menjadi masalah untuk berkahwin ini dpt diatasi ? Contohnya halangan daripada ibu bapa , saudara mara dan org sekeliling.. saya juga dalam proses berkahwin dlm usia muda dan kami melalui halangan yg terlalu banyak.. disini juga, saya ada satu soalan, jika bakal suami saya org sarawak dan saya org semenanjung mahu berkahwin di perak, apakah yg kami perlu lakukan untuk berkahwin dengan cara yg sah dan halal ? Kami juga hanya mempunyai borang temuduga kursus kawin dan telah diluluskan oleh jabatan agama islam betong, sarawak... Mohon beri penjelasan..

Anonymous May 5, 2015 at 2:21 AM  

Byk kli bgtaw nk nikah,tp xboleh.fmly x bg sbb mude lg,and duit hntran trlalu tinggi.Pujuk mak spye psgn sy byr mas khwin n support kndri utk fmly trdekat&kwn rpt shj,.tp xbole jugak.susah hati kami dbuatnya.hmm..kalaulah prnts mmudahkn prnikahan ����

Unknown February 13, 2017 at 12:32 PM  

Nak Sgt bina rumah tangga Dan hubungan yg halal dgn psangan.tapi ad brbgai msalah..sya ikut parents berniaga.jdy ssah nak simpan duit sndri,boleh d katakan duit simpanan cukup2 makan je.tapi waktu MAhu khwin.duit mnjdi msalah.SBB pihak kluarga psangan mnta hntaran tggi...skrg tak tahu MAhu buat ap..sbar mnunggu Takdir Allah.. Huhu

Unknown October 21, 2017 at 9:17 PM  

Nak sngt mmbina sbuah hbungan yg bersih dan dredhai . Ttpi ibu bapa skrng sperti xmementingkn suruhan agama agar mngelakkn dri pda anak2 terjerumus dlm gejala x sehat . Biasa la darah muda iman naik turun stotnya ibu bapa mmberi dorongan kpda anak2 yg mmpunyai keinginan berkhwin pda usia muda sbb itu perkara yg baik dan dtuntut agama mmpelihara diri dripda terjrumus dlm gjla x sehat . Ttpi alasan belajar , muda dan wang sentiasa mnjdi alasan . Agama sudah memudahkn segala hal dlm khidupan ttpi mnusia yg merumitkn agama hnga mmbawa kpda sesuatu yg tdak baik . Sungguhnya allah berjnji akn mmberikn rzeki yg x dsangka kpda hmbanya yg berkhwin untk mngelakkn diri dri zina . Kita sbgai mnusia hnya perlu berdosa usaha dn yakin dgn perancnganNya . Ibu bapa shrusnya bersyukur mmpunyai anak yg sntiasa mmbendung diri dri maksiat .

Peterson Coin February 3, 2019 at 6:38 PM  

terdapat salah faham antara saya dan isteri saya, perkara-perkara yang sangat sukar di antara kita, dia tidak bercakap dengan saya sekali lagi, tidak mahu melihat saya, saya minta maaf kepada dia secara berasingan tetapi dia tidak akan dengar, kehidupan nikah saya sangat pahit dan tidak sihat jadi saya mahu kita kembali bersama supaya perkara dapat berjalan dengan baik seperti yang kita gunakan untuk menjadi.
 saya tidak pernah percaya kepada pesaing ejaan atau orang sihir itu kawan saya dan bantuan ini Caster Eja Baik yang membuat saya percaya kepada mereka, saya telah mengadu kepada kawan saya bahawa saya tidak mahu kehilangan isteri saya dan saya benar-benar melakukan ingin dia kembali, kerana dia telah meminta untuk perceraian sehingga tidak ada yang dapat saya lakukan untuk menahannya kecuali perceraian yang dia inginkan, ketika saya memberitahu teman saya semua ini dia memutuskan untuk menghubungkan saya ke salah satu Caster Spell Besar yang dia katakan dia menyelamatkan dia dari penyakit maut selepas sakit selama tujuh tahun, tetapi caster mantra ini menyembuhkannya, jadi dia berkata dia akan membantu saya jika saya percaya kepadanya dan mempercayai, dia memberi saya hubungan dengan caster mantra yang saya hubungi dia Via templeoflightandsolutions ( @) g mel DOT com, dia meminta gambar saya dan salah seorang isteri saya dan nama kita saya hantar kepadanya, selepas itu dia berkata dia mahu melakukan pemeriksaan kepada mereka, setelah dia mengatakan bahawa dia akan pergi bantu saya melakukan ejaan, yang akan mengubah cinta isteri saya lagi dan saya percaya, dia menghantar saya keperluan bahan ed untuk ejaan saya memberitahunya bahawa bahan-bahan akan menjadi sangat sukar untuk saya di mana saya hidup, jadi saya menghantar dia yuran, selepas dia membeli ITEMS dia berkata bahawa saya harus memberinya dua belas jam untuk membuang mantra bahawa setelah dia selesai isteri saya akan memanggil saya, saya sangat keliru kerana saya tidak tahu sama ada dia masih bercakap nombor saya-walaupun saya memanggil saya, tetapi saya mempunyai amanah sebelum dua belas jam boleh sampai telefon saya berdering apabila saya memilihnya, ia adalah suami isteri saya mendengar, saya sangat terkejut dan dia berkata maaf bahawa dia tidak tahu apa yang datang ke atasnya, itu tidak akan meninggalkan saya, yang paling, apabila saya memerlukan perhatiannya yang paling, itulah bagaimana isteri saya datang kembali kepada saya dan setiap perkara berfungsi dengan baik di antara kita, kami sangat gembira bersama, saya ingin berkongsi kesaksian ini ke seluruh dunia yang luas, biarkan mereka tahu bahawa terdapat seorang mantra mantra yang hebat yang menyelamatkan perkawinan saya, saya sangat berterima kasih anda Tuan, Dr Bright ...

Black Rambo November 4, 2020 at 2:02 PM  

Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA

Unknown November 19, 2020 at 1:11 AM  

Ini apa yang saya belajar la. Klau x mampu kahwin jgn kahwin nnti kita aniaya anak orng. Kje, umah, kereta x de. Abistu klau dh kahwin, nak bagi bini ngn anak makan ape ? Kne ingat tu

Iklan

Iklan
Kami mengedarkan sarung kaki muslimat dengan pelbagai produk yang inovatif. Produk terbaru sekarang ini ialah sarung kaki wudhu. Pada saat ini, sarung kaki wudhu mendapat sambutan yang sangat luar biasa di pasaran Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu kami juga menyediakan sarung kaki ibu jari. Sarung kaki ini memudahkan muslimat untuk memakai selipar . Untuk maklumat lanjut, sila klik gambar di atas.

Medan, Indonesia

Malaysia

Kun 'Aliman

Download Audio Kuliah

Renungan

Rasulullah SAW bersabda
"Dunia itu mencari dan dicari. Pencari Akhirat akan dicari dunia, sehingga di situ sempurnalah rezekinya. Sedangkan pencari dunia akan dicari Akhirat, sehingga maut datang mencengkam lehernya."

About Me

My photo
Alhamdulillah... segala puji hanya layak untuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam.. Allah kurniakan ilham kepada ana untuk menulis di blog ni.. dan ana harap dengan blog ini, ana dapat mencari keredhaan Tuhan Ar-Rahman. ameen..

Asmaul Husna