Mencari Redha Ilahi

Redha Ilahi- Nikmat Tertinggi.

Maka perilah peringatan..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)


"Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertakwa." (al-An'am;51)


"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?" (Ibrahim;44)


"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. " (Ghafir;18)


"Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-RasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya)." (Ibrahim;47)


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,"
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya)."
"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-sebaik balasan (bagi) orang-orang yang beramal (soleh)." (Ali-Imran;133-136)


"Maka berilah peringatan (kepada manusia dan JANGANLAH BERDUKACITA kiranya ada yang MENOLAKNYA) Karena Sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan." (al-Ghasyiah;21)


waLLahu a'lam..


...setelah itu..
aku hanya mampu tersenyum..
ya Allah.. kurniakanlah yang tebaik untuk kami..


*senyum yang membawa kesedihan pada ku..
wahai diri, apabila kamu melihat suatu kemungkaran,
janganlah mengeji.. ambillah ibrah buat muhasabah diri..

Ibnu Zukefeli
Medan, Indonesia

Berpakaian.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam..
dan selawat serta salam ke atas penghulu segala Nabi, Muhammad SAW,
dan kepada keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda sekalian..

"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(al-Baqarah;32)

Sahabat2 yang dirahmati Allah SWT..

Islam merupakan satu agama yang syumul (menyeluruh). Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan, dari sekecil-kecil perkara seperti adab meludah, sehingga ke sebesar-besar perkara seperti urusan sosial, ekonomi dan kenegaraan.

sebagai pelengkap kepada kesyumulan Islam, Allah SWT memberikan satu perintah di dalam firmanNya :

"Wahai orang yang beriman! MASUKLAH kamu ke dalam agama Islam DENGAN SEPENUHNYA dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musoh kamu yang nyata."
(al-Baqarah;208)

Juga tidak ketinggalan, Islam menyentuh dan mengambil berat perihal Aurat Dan Berpakaian.

Sesungguhnya, saya yakin bahawa setiap dari kita sudah mengetahui akan batasan aurat kita, baik kita sebagai seorang muslim mahupun sebagai muslimat.

Maka, di kesempatan ini, saya tidak berhajat untuk menarik tema perbincangan kita ke arah itu. Apa yang ingin saya ketengahkan buat kali ini adalah untuk mengajak diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk melihat isu ini dari sudut pandang yang berbeza.

............................................................................

Sahabat-sahabat sekalian..
kita mengenakan pelbagai fesyen dan rekaan dalam berpakaian sehari-hari, samada bertujuan untuk ke kuliah, tempat kerja atau ke mana sekalipun. Dan, atas kehendak dan keputusan kitalah yang menentukan bagaimana cara kita berpakaiaan.

Cuba kita bayangkan, pada suatu hari datang seseorang kepada kita, lalu bertanya, "KENAPA KAMU BERPAKAIAN SEBEGINI?"

Saya yakin, jika kita berpakaian selari dengan tuntutan syara', yakni dengan menutup aurat secara sempurna dan menjauhi tabarruj (tidak make up dan sebagainya), maka dengan lapang hati kita mampu menyatakan " liLLahi ta'ala (KERANA ALLAH TA'ALA) dan dan kerana aku takut kepada Allah ", lalu pakaian itu menjadi ibadah kita kepada Allah SWT.

Namun, jika sebaliknya yang kita kerjakan, adakah mampu untuk kita nyatakan bahawa kita berpakaian kerana ALLAH SWT, Tuhan yang Menciptakan kita dan Menurunkan Syariat kepada kita..?

Mungkin ada yang berpendapat bahawa dia berpakaian sebegitu kerana sebagai perhiasan, untuk cantik dan segak dipandang dan supaya menjadi perhatian orang. Ya, tidak kita nafikan, memang ada yang menjadikan ini sebagai alasan.

Tetapi, cuba kita bayangkan jika, sosok individu yang bertanya kepada kita itu adalah Baginda, Nabi Muhammad SAW, adakah masih mampu untuk kita beralasan sedemikian? Jika kita didirikan di hadapan Baginda SAW,masih sanggupkah kita untuk "melaram"..?

ALLAH SWT berfirman dalam surah al-A'raf, ayat 26 yang bermaksud :

" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) PAKAIAN MENUTUP AURAT KAMU, dan PAKAIAN PERHIASAN; dan PAKAIAN YANG BERUPA TAKWA itulah SEBAIK-BAIKNYA. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."

Maka, hanya dengan berpakaian menurut syara' sahajalah membuatkan kita mampu untuk menyatakan kita berpakaian kerana Allah sekaligus menjadikan kita hamba yang Ikhlas; keranaNya.

dan, dengan menjadi mukhlisin (orang yang ikhlas), maka kita akan terselamat dari perangkap syaitan. Allah SWT merakam sumpah Iblis laknatuLLah di dalam al-Qur'an :

"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan MEMPERELOKKAN SEGALA JENIS MAKSIAT kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan MENYESATKAN MEREKA SEMUANYA. KECUALI di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang IKHLAS."
(al-Hijr;39-40)


maka, di kesempatan ini, kerana sayangnya aku pada diriku, aku menyeru diri ini, dan kerana sayangnya aku kepada mu sahabat-sahabatku, dan rasa sayang ini kerana Allah, aku seru pada mu sahabat-sahabatku.. walau di mana kita berada, walau ke mana destinasi kita; ke kuliah, ke tempat kerja, hatta ke majlis DINNER sekalipun, ayuhlah kita patuh dan taat kepada perintahNya, sebagai lambang takutnya kita kepada Dia. Kerana, walau di mana pun kita, kita masih berpijak di bumi kepunyaanNya. Jangan kerana kufur kita akan nikmatNya, Allah datangkan azab kepada kita; yang mungkin bisa berupa GEMPA!!

Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu KUFUR INGKAR maka sesungguhnya AZAB-KU AMATLAH PEDIH."
(Ibrahim,7)

ayuhlah.. suburkanlah rasa khauf (takut) kita kepada Allah.. dan suburkanlah rasa sayang kita kepada sahabat-sahabat kita.. sebarkan risalah ini.. semoga.. semakin bertambah sayang kita semua keranaNya..

Dari abu Hamzah, Anas Bin Malik RA, khadam kepada RasuluLLah berkata, RasuluLLah SAW bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia MENCINTAI SAUDARANYA sebagaimana dia MENCINTAI DIRINYA SENDIRI"
(HR Bukhari dan Muslim)

Segala kekhilafan dan salah bicara saya pohon keampunan kepada Allah SWT dan saya pinta kemaafan dari sahabat-sahabat sekalian.
Segala yang baik dan buruk itu datangnya dari ALLAH SWT, dan keburukan itu disandarkan kepada diri saya sebagai bukti saya hambaNya yang lemah.

"saksikanlah ya Allah, aku sudah sampaikan.."

Wallahu a'lam..

Catatan:

-Perkataan "ikhlas" didefinisikan oleh DBP sebagai (dengan) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela, dan ia selari dengan penggunaannya oleh kita sehari-hari.

Tetapi, menurut Islam, Ikhlas bermaksud mengerjakan sesuatu hanya kerana Allah SWT. Ya, Mutlak kerana Allah. Jadi, sebagai muslim dan mukmin, maka definisi menurut Islam lah yang lebih tepat untuk kita gunakan.

-Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu bahagian muka atau anggota-anggota badan yang lain. al-Bukhari RA ada berkata : "tabarruj, yaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya".

Firman Allah SWT ;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu bertabarruj seperti bertabarrujnya wanita-wanita Jahiliah dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya...."
(al-Ahzab;33)

Tabarruj yang diharamkan :
- tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
- menggunakan alat-alat solek.
-mempercantikkan bibir, alis dan pipi.

Ibnu Zukefeli
2359 WIB , 08/04/2010
Medan, Indonesia

p/s:
- Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah.. setelah sekian lama menyepi.. Allah beri kesempatan untuk ana kembali mencoret qalam di sini. semoga mendapat kebaikan bersama..
-KTI dalam proses.. berusahalah..!! =)

Iklan

Iklan
Kami mengedarkan sarung kaki muslimat dengan pelbagai produk yang inovatif. Produk terbaru sekarang ini ialah sarung kaki wudhu. Pada saat ini, sarung kaki wudhu mendapat sambutan yang sangat luar biasa di pasaran Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu kami juga menyediakan sarung kaki ibu jari. Sarung kaki ini memudahkan muslimat untuk memakai selipar . Untuk maklumat lanjut, sila klik gambar di atas.

Medan, Indonesia

Malaysia

Kun 'Aliman

Download Audio Kuliah

Renungan

Rasulullah SAW bersabda
"Dunia itu mencari dan dicari. Pencari Akhirat akan dicari dunia, sehingga di situ sempurnalah rezekinya. Sedangkan pencari dunia akan dicari Akhirat, sehingga maut datang mencengkam lehernya."

About Me

My photo
Alhamdulillah... segala puji hanya layak untuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam.. Allah kurniakan ilham kepada ana untuk menulis di blog ni.. dan ana harap dengan blog ini, ana dapat mencari keredhaan Tuhan Ar-Rahman. ameen..

Asmaul Husna